Categories


TV ATUK
CLICK IMAGE TO ENLARGE
Product Description
Product Name: TV ATUK
Category: Art & Entertainment - Drama & Movie
Brief Description:

English Synopsis

In spite of the dire warnings from Atuk not to switch on the TV, the children are piqued by curiosity to discover why. In the ensuing saga, a television will mysteriously swallow them into the world of TV, a fantastic realm where characters steps in and out of the virtual world and a frantic struggle by all to escape from the TV world and return to reality.

Detail Description:

Malay Synopsis

Ketika mereka tiba, jam menunjukan pukul 5:35 petang, pintu rumah atuk memang tertutup tapi tidak berkunci dan terselit di celah antara dua daun pintu sekeping kertas berlipat yang tertulis nota “ jangan bukak tv”. Bagi Syamil dan adiknya Syakir, nota itu agak pelik dan menghairankan. “agaknya tv atuk rosak kut…” teka Syakir. Lebih menghairankan, sebaik sahaja mereka masuk dan melihat sekitaran ruang tamu, tidak terdapat tv di situ. Malah di bilik, ruang makan dan dapur pun tidak kelihatan alat yang di panggil tv itu. “atuk nak menyakat kita ni…” telah Syamil pula. Mata Syakir mula menjelajah ke bahagian yang lebih tersembunyi dan dia terpandang tangga menuju ke loteng rumah.

Atuk menerjah masuk ke dalam rumah dan memandang Syamil yang tertagak memandang lubang loteng. Datuk bertanya di mana adiknya. serentak itu kedua mereka mendongak memandang loteng rumah atuk dan keduanya terbeliak biji mata berpandangan bila terdengar suara Syakir “atukkk tolonggg…!”. Berkejar kedua mereka memanjat tangga menuju ke loteng.

Ternyata Syakir sedang meronta-ronta dalam pegangan lelaki beruniform komunis, sebaik sahaja mereka menjengah masuk. Atuk menerpa ke arah sambungan palam eletrik dan cuba mencabutnya sebelum Syakir di tarik masuk ke dalam peti tv itu namun tindakan atuk agak lewat dan seketika kemudian Syakir hilang dari pandangan. Syamil termanggu memandang peti tv lama yang masih berasap itu. “Syakir… Syakir masuk dalam tv… tu…!”. Kata Syamil sambil menunjuk ke arah tv itu. Atuk menghela nafas laju termengah mengah. Syamil dan atuk buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan Dia cuba menyambung semula palam eletrik dan menekan butang ‘on’ tv, namun ketika itulah bekalan elektrik putus. Tv padam semula.

Kehilangan Syakir kemudiannya menyebabkan kemunculan Angah di rumah itu. Angah seorang kanak-kanak berumur 10 tahun adik kepada Cici iaitu anak jiran kepada atuk, mendapat tahu tentang kehilangan Syakir dari kakaknya Cici. Angah kemudiannya, telah menawarkan bantuan untuk mencari Syakir. Menurutnya, dia tahu bagai mana mahu ‘masuk’ dan ‘keluar’ dari tv itu dan syaratnya bekalan elektrik mesti di sambungkan dahulu.

Syamil masih tidak percaya bila Atuk menceritakan tentang perihal tv itu. Menurut atuk ada waktu waktunya ada watak watak yang keluar dari peti tv itu dan mengganggunya, menurut atuk lagi, mereka perlu menyelamatkan Syakir, bimbang kalau kalau Syakir terlibat dalam ‘cerita’ yang merbahaya atau yang tidak elok.

Akhirnya mereka bercadang mahu menunggu jika ada sesaorang yang akan keluar dari peti tv itu. mereka membiarkan tv terpasang namun tiada siaran yang jelas. Syamil keluar memusing-musing antena, sementara Atuk cuba mencari saluran dan sudahnya mereka berdua keletihan. Namun seketika kemudian, antena terpusing bila angin berhembus dan tv menayangkan siaran. Ketika itu jugalah keluar seorang askar komunis. Sebaik sahaja terpandang atuk segera dia melompat semula ke dalam tv.

Atuk yang sedang cuba mencari siaran, terdengar suara Syakir walau pun tidak berapa jelas. Atuk kelihatan marah dan dia turun dari loteng lalu menuju ke biliknya. Atuk kemudian mengeluarkan sepasang uniform tentera yang lama. dia memberi tahu Syamil bahawa dia perlu menyelamatkan Syakir. Dia perlu masuk ke dalam tv itu dan Syamil perlu menolongnya. Menurut Atuk Syamil perlu menjaga siaran tv sebaik sahaja dia berjaya masuk ke dalam siaran itu dan dapat menyelamatkan Syakir dia akan menunggu siaran yang jelas dan dia akan keluar melaluinya.

Setelah merancang dengan Syamil dan datuk sudah menyarung uniformnya, Syamil memutar perlahan-lahan antena di pokok rambutan dan sebaik sahaja siaran jelas, atuk cuba melompat masuk ke dalam tv namun cubaan pertamanya gagal kerana siaran terganggu. Akhirnya pada cubaan berikutnya, atuk lenyap di dalam peti tv itu.

Di dalam hutan atuk menyusup cuba mengesan di mana cucunya Syakir. Pada sebuah bangsal dia melihat beberapa orang komunis sedang berkawal dan kelihatan syakir di ikat pada sebatang tiang. Dengan kehebatan atuk, akhirnya atuk dapat menewaskan pengganas itu dan menyelamatkan Syakir namun skrin yang di harapkan muncul tidak kelihatan. Di atas loteng kelihatan Syamil mendengkur tidur.

Product Dimension: (W) 0cm (L) 0cm

Some other items you might be interested in...
Enquiry
* Name :
* Title :
* Phone :
* Fax :
* Email :
 
  Company Name :
  Street :
  City :
  State :
  Postal Code :
  Country :
  Interested Product :
* Remark :
     

Your Recently Viewed...




Email Address :
Password :
    Forgot Password?
Resend Activation Email