Categories


BUANG
CLICK IMAGE TO ENLARGE
Product Description
Product Name: BUANG
Category: Art & Entertainment - Drama & Movie
Brief Description:

English Synopsis

Buang is a 20 year old youth, living far way in a corner of the village in a large and mansion inherited by his father, Khamis. But Buang is not his natural born son, for Buang is true to his namesake, Buang meaning thrown away in Malay, is a child abandoned at the doorstep of this mansion and taken in and raised as his own by the man he called his father now.

Khamis is old and sick now and Buang works in a car repair shop to sustain a living. In a moment of carelessness, a repair work went wrong causing much damage to a customer’s vehicle and he is dismissed. Desperate for work, he came upon a pamphlet for a karaoke competition. In a bid to win the prize money, he joins the competition. His sensational singing attracted the attention of an artist. The chance meeting will open the door for Buang to finally meet with the woman who gave birth to him, whom he will know as his mother.

Detail Description:

Malay Synopsis

Buang seorang remaja lelaki berumur awald uapuluhan, tinggal bersendirian terbuang jauh di hujung kampung di rumah pusaka peninggalan yang diwarisi oleh bapanya. Rumah itu agak besar walaupun sedikit uzur namun sekitarannya kelihatan terjaga. Buang adalah nama gelaran yang diberikan oleh bapanya seperti mana kebanyakan budak-budak kampung yang lain mempunyai gelaran selain dari nama sebenar. Nama sebenar Buang adalah Fathor Razak atau menurut bapanya, maksud nama itu adalah ‘awal rezeki’. Namun dia digelar Buang kerana ketika usia bayinya dia telah ditinggalkan oleh ibubapa kandungnya di tangga rumah bapanya sekarang ini dan sejak itu dia menjadi anak kepada Khamis walaupun dia didaftarkan sebagai Fathor Razak bin Abdullah.

Khamis ketika menemui Buang di tangga rumahnya, dia sudah pun berkahwin selama 5 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Dijaganya Buang seperti menatang minyak yang penuh sehinggalah isterinya meninggal ketika Buang berumur 12 tahun. Selepas itu Khamis menjaga Buang sendirian. Khamis berterus terang menyatakan bahawa Buang bukanlah darah dagingnyat api Buang adalah jiwanya.

Kini abahnya pula terlantar sakit, lumpuh seluruh tubuh tidak mampu bergerak walau pun sebatang jari, Cuma mampu mengelipkan mata sebagai isyarat, dan hanya Buang tahu apa isyarat itu. Buang menyara diri dan bapanya dengan bekerja di sebuah bengkel kereta. Sebelum keluar bekerja Buang akan menyiapkan bapanya terlebih dahulu, dimandikan dan diberi bapanya makan.

Setibanya di tempat kerja, dia disambut dengan templak seorang pelangan yang keretanya di selenggara Buang semalam. Keretanya terbabas dan mengalami kerosakan teruk akibat kecuaian Buang. Kesannya Buang dipecat. Buang sugul namun sempat juga dia meminta maaf. Buang berasa sangat susah hati kerana hilang pekerjaan dan dalam pada itu dia teringatakan iklan pertandingan karaoke anjuran warung Wak Man yang menyediakan hadiah pertama RM3000 kedua RM2000 dan ketiga RM1000. Buang berhasrat untuk menyertai pertandingan tersebut. Setelah membayar yuran penyertaan Buangber latih menyanyi lagu wajib iaitu lagu asli dengan bantuan Salmiah dan bilal Salman. Buang telah memilih lagunya nyian Deli Herman Tino bertajuk Di Ambang Sore.

Hari pertandingan telah tiba dan nama Buang tidak disenaraikan untuk kepusingan akhir. Namun Buang bernasib baik kerana akhirnya telah dipilih untuk keperingkat seterusnya kerana salah seorang peserta akhir telah menarik diri. Juri pada pusingan akhir termasuk salah seorang artis yang berasal dari kampong tersebut.

Tiba giliran Buang, Buang menyanyi lagu utama dan diikuti tepukan gemuruh bila dia selesai membuat persembahan. ‘artis’ bertanya pada Wak Man “anak siapani wak…?” “anak Khamis mandul…” “khamis mandul….?” Artis memandang wajah Buang dan tiba-tiba terdengar sebak suara Buang bila dia mengumumkan lagu kedua yang akan dinyanyikannya lagunya bertajuk “lagu untuk ayah…”.

Akhirnya keputusan diumumkan dan dengan ucapan Alham dullillah, Buang menyambut RM 1000 dari artis undangan sebagai pemenang ketiga. Sempat artis berbisik ketelinga Buang “nak buat apa duit tu…?”. “beli ubat abah…” jawab Buang pendek.  Artis merenung Buang.

Perlahan Buang membuka pintu melihat jika ayahnya masih jaga, Khamis membuka mata melihat Buang masuk.Di belakangnya kelihatan Artis ikut masuk menghampiri Khamis. Buang mengambil tangan Ayahnya lalu menciumnya dan memberitahu tentang kemenangannya di pertandingan karaoke warung Wak Man. Buang kemudian memperkenalkan artis kepada Ayahnya. Seketika Buang minta ke dapur untuk memasak air bagi menjamu tamu. Setelah Buang berlalu, tiba-tiba kelihatan pipi sang artis bergetar dan sejenak itu airmatanya bercucuran di pipi seraya menambil tangan Khamis dan diciumnya. Dalam esaknya, tersekat-sekat dia mengucapkan “terimakasih bang… kerana besarkan anak saya dengan baik… semuga Allah masukkan abang dalam syurga…”.Di belakangnya Buang terpegun berdiri di muka pintu.

Product Dimension: (W) 0cm (L) 0cm

Some other items you might be interested in...
Enquiry
* Name :
* Title :
* Phone :
* Fax :
* Email :
 
  Company Name :
  Street :
  City :
  State :
  Postal Code :
  Country :
  Interested Product :
* Remark :
     

Your Recently Viewed...




Email Address :
Password :
    Forgot Password?
Resend Activation Email