Categories


BIBIK CYBER
CLICK IMAGE TO ENLARGE
Product Description
Product Name: BIBIK CYBER
Category: Art & Entertainment - Drama & Movie
Brief Description:

Mrs. Mila (40) has a housemaid named Kartika (25), affectionately known as Bibik Kartina. Her neighbours Mrs. Yana (40) also has a housemaid named Peah (25). Mrs. Mila runs a flower shop nearby her home while Mrs Yana works as a sales agent for slimming pills. One day Kartika found a laptop at the market. Initially unsure how to use a laptop and without Mrs Mila’s knowledge, she is soon taught by Mrs. Mila’s son Akim (13). Discovering many uses of the internet, she soon open a Facebook account. Her enthusiasm fr the Facebook applications leads to many eductive postings that attract a great number of followers.

Kartika with great enthusiasm tells an initially uninterested Peah, but she is so seduced by the fact that Kartika has now many male friends. But, she did not have a laptop. Soon after, Kartika teaches Peah on the use of Facebook. Unknowingly, among the many male friends that Kartika adds to her firends list is her own employer. Mrs Mila’s husband is excited at the idea of a hot beauty waiting to meet with him, without realising it is Kartika herself!

Detail Description:

Puan Mila (40) mempunyai seorang tukang gaji ‘bibik’ bernama Kartika (25) yang digelar Bibik Kartina. Dia berjiran dengan Puan Yana (40) yang juga mempunyai seorang tukang gaji ‘bibik’ bernama Peah (25) yang digelar Bibik Peah. Puan Mila menjalankan perniagaan kedai bunga hiasan tidak jauh daripada rumahnya. Puan Yana pula menjadi agen jualan pil pengurus badan.

            Mereka jiran yang akrab,seperti saudara dan segala masalah dikongsi bersama. Suami Puan Mila bekerja di sebuah pejabat berhampiran sebuah hostel yang menempatkan kilang. Suami Puan Yana pula bekerja di sebuah pejabat. Bibik Kartika dan Bibik Peah juga sama akrab seakrab majikan mereka yang berjiran.

            Suatu hari Bibik Kartika telah terjumpa sebuah laptop sewaktu ke pasar. Dia tidak tahu menggunakan laptop tersebut. Sedikit demi sedikit dia belajar daripada Akim (13) anak kepada Puan Mila. Akim mula mengajar bermacam-macam aplikasi internet hinggakan Bibik Kartika berjaya mempunyai akaun Face Book.

            Akim yang membantu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Bibik Kartika mula ghairah menggunakan Face Book. Dia mula meletakkan profil picture yang cun-cun,gempak dan seksi serta menggoda. Dengan bantuan Akim juga, Bibik Kartika sudah hebat bermain Face Book hingga ramai orang yang di Add nya.

            Biik Kartika menceritakan hal itu kepada bibik rapatnya iaitu Bibik Peah. Pada mulanya, Bibik Peah tidak teruja. Lama kelamaan dia mula tertarik apabila melihat Bibik Kartika ramai lelaki dlam friends list. Dia juga mahu glamour kena ngoraatt. Tetapi, dia tidak mempunyai laptop. Bibik Kartika mula mengajar Bibik Peah membuka akaun Face Booknya.

            Bibik Kartika juga telah Add majikannya tanpa disedari majikannya.  Suami Puan Mila rasa bangga apabila ada kenalan baru yang seksi mahu berkenalan dengannya tanpa disedari oarng itu adalah pembantu rumahnya sendiri!!!

            Puan Mila yang selalu update status di Face Book hairan bagaimana Kartika tahu rutin hariannya. Rupa-rupanya Kartika sudah Add nya di Face Book tanpa disedarinya. Suami Puan Mila akhirnya tahu gadis yang baru dikenali di Face Book itu tukang gajinya. Segera dia remove!

            Puan Mila dan suaminya berbincang perihal tukang gaji mereka yang  kemaruk cyber hinggakan setiap minit, ada saja status yang ditulis termasuklah status ‘kemas rumah,basuh pinggan,cuci dapur,masak nasi’ dan lain-lain.

            Suatu hari, laptop yang diguna pakai oleh Puan Yana rosak kena virus. Puan Yana telah membeli laptop baru dan mahu membuang laptop lama. Namun, bibik Peah enggan laptop itu dibuang. Dia minta diberikan kepadanya dan dia akan membaiki.  Laptop itu berjaya dibaiki. Bibik Peah mengeluarkan wang simpanannya untuk membaiki       

            Bibik Peah juga sudah kemaruk internet hingga Puan Yana rungsing. Kini, masalah Puan Mila dihadapi pula oleh Puan Yana. Jika sebelum ini Puan Mila meluahkan masalahnya kerana bibiknya sudah malas bekerja dan asyik main face book, kini Puan Yana pula merasainya.

            Suami Puan Yana sudah ‘terkene’. Ini kerana Bibik Peah telah add nya di face book menggunakan profile picture yang sangat cantik dan seksi. Suami Puan Yana tidak tahu orang itu bibiknya. Dia mula mengorat dan dia terkejut apabila orang itu bibiknya, Rupa-rupanya, mereka on line bilik sebelah-sebelah.

            Suatu hari,  Puan Mila dan Puan Yana telah merancang mahu menginsafkan  bibik-bibik mereka dengan cara menyamar buka akuan baru. Puan Mila dan Puan Yana guna profil picture seorang lelaki kacak. Bibik-bibik mereka tidak tahu majikan mereka mahu ‘mengenakan’ mereka.

            Maka… bermulalah proses Puan Mila dan Puan Yana mengorat bibik-bibik mereka kononnya mereka itu anak datuk dan tan sri yang kaya. Bibik-bibik dua ekor itu mula terbayang kemewahan yang melimpah ruah. Mereka mula makin malas kerja dan dengan beranai mahu berhenti kerja. Puan Mila dan Puan Yana hanya mengiyakan sahaja.

            Hinggakan Puan Mila dan Puan Yana yang menggunakan nick name dan profil palsu itu mengajak bibik-bibik mereka bertemudi restoran mewah dengan tujuan iuntuk melamar. Maka, bibik-bibik itu terlampaulah gembiranya!

            Hari itu, dua-dua bibik itu berbincang untuk memakai pakaian yang cantik-cantik  berseri-seri untuk bertemu pasangannya pada malam nanti iaitu dinner. Puan Mila dan Puan Yana masih berlakon pura-pura tidak tahu.

Malam yang dijanjikan, Bibik Peah dan Bibik Kartika telah datang ke restoran mewah yang dijanjikan. Mereka tunggu agak lama bakal boyfriends alamcyber yang dikenalinya itu kononnya anak jutawan terkenal.

            Ketika itu muncul Puan Mila dan Puan Yana. Terkejut beruklah bibik-bibik ini bila mereka tahu semua itu adalah palsu dan penyamaran. Puan Mila dan Puan Yana sengaja berbuat begitu kerana mahu menginsafkan mereka.

Bibik-bibik itu mula berasa malu dan bersalah. Mereka meminta maaf kepada majikan mereka. Mereka juga sepakat mahu sama-sama deactive akaun (tutup akaun) dan tak akan buka akuan lagi.

Product Dimension: (W) 0cm (L) 0cm

Some other items you might be interested in...
Enquiry
* Name :
* Title :
* Phone :
* Fax :
* Email :
 
  Company Name :
  Street :
  City :
  State :
  Postal Code :
  Country :
  Interested Product :
* Remark :
     

Your Recently Viewed...




Email Address :
Password :
    Forgot Password?
Resend Activation Email